type in this box

Sunday, 1 December 2013

Kau Dalam Hatiku * episod 59

"Ish. Semua gelakkan aku. Apa salah aku. Maybe dia dah memang jodoh aku kan. Jodoh tu ditangan Tuhan." Yana mengomel sendiri. "Haa, betullah tu. Pandai awak. Awak Yana kan?" tiba tiba Ustaz Ibal bersuara. "Eh, haa .. Terkejut saya (._. ) " Yana membalas dengan muka yang merah padam. "Awak cakap pasal siapa ni actually?" Iqbal bersuara lagi. "Takdek siapa pun. Eh saya ada kelas ni. saya pergi dulu." Yana mengelak daripada menjawab soalan Iqbal. "Assalamualaikumm.." Iqbal memberi salam namun Yana terus meninggalkan dia tanpa membalas salamnya. Ish Ish Ish gopoh. haha
Iqbal hanya tersenyum.

Lepas habis sekolah je geng GeeGee keluar hang dengan geng JB. lelaki lelaki macho tu nak buat satu pengumuman katanya. Geng JB nak ajak Ustaz Iqbal masuk geng dorang. yelah, kalau gabung of course cepat famous kan. Hahaha k JB batak famous! Astaghfirullahaladzim. Setelah fikir masak masak, Ustaz Iqbal tolak permintaan mereka. Dia tak perlukan geng yang batak famous. Ustaz sedar dia hanya perlukan sahabat. Susah senang bersama. bukannya main tikam belakang. Geng JB ni selalu kutuk dia . Dorang kata
"EEee.. bajet alim je budak ni" "budak baru pun dah kecoh. bajet macam dah sekolah sini 10 tahun!" "Ingat muka comel boleh rembat awek akulah?"
Bukannya ustaz tak dengar sebelum ni. ustaz hanya diam. yelah, ustazkan selalu muncul secara tiba tiba. hahaha Seram sih.

K. semua jealous, hahaha Awak, Sukahati dialah. Yang penting dia jadi diri sendiri. Yang penting dia jaga akhlak dia. Dia tak kacau hidup korang pun. Korang patut berubah. Takpe, cuba k cuba.


Walaubagaimanapun, mereka semua hidup bahagia sebagai kawan sepermainan. Macam saya kata tadi, susah senang bersama. Semuanya indah.

Pejam celik Pejam celik dah nak dekat akhir tahun.
Mereka pun berbincang pasal percutian mereka. Katanya mereka  nak bercuti sama sama! Wah bestnya!

Sekejap je masa berlalukan?. Alhamdulillah kita still boleh bernafas kat dunia ni. Dunia ni sementara je kawan kawan. ingat tu. Ingat Allah. zikir banyak banyak. jaga aurat jaga solat jaga perlakuan. In Sha Allah boleh masuk syurga.


Thursday, 7 November 2013

Kau Dalam Hatiku *episod 58

"Yana, Yana!!" "Hoi hoi!" "kau okay tak?" "Heiii, Helloo~"
*pangg! yeayy, yana kena lempang dengan Fisha :D . Yana sedar dari lamunan. Dia termenung jauh walaupun takdek orang pun yang dia pandang. "hoi, apa yang kau berangan ni. Apa yang kau nampak? Dah lah mulut ternganga. Malu k malu" Fifi bergurau dengannya. Tapi betullah. Kalau ye pun tak payah lah sampai ternganga nganga kan. karang lalat masuk tertelan perut kembung karang. haha k khurafat.

"weh weh, siapa tadi tu? Hensem doh!" Yana mula bersuara. Mereka yang lain terlopong. "weh asal kau ni? gila eh? ke kau demam?" Balqis bertanya dan meletakkan belakang tangan kanannya di dahi yana. "Tak demam punn " Balqis mula mencebik . macam ni muka dia. Penyek ----> (-_________-) hahaha x)

"Weh asal korang yang terlopong ni. tadi kata nanti masuk lalat lah apalah." Yana berkata dan tolong menutup semua mulut mereka. "Kau! dah jatuh cinta dengan ustaz!" Qiss ketawa xD Muahahahahaa. Amboi sopan sungguh kakak kita sorang nikan. haha. "dia siapa Actually?" Yana bertanya lagi. "YA Allah, lempang lagi nak? tadi aku membebel panjang panjang kenalkan dia tu apa? tak dengar? k kau angau" Fisha membebel. Yang lain hanya ketawa. Tak sangka, Yana terus melupakan Ayeesh, dan terpersona dengan wajah suci ustaz ni. hahaha "Tak" Yana menjawab. Hanya sepatah. Yang lain terdiam untuk 3 saat lalu menyambung ketawa mereka. Teruknya dia ANGAU! hahahaha.

Yana terus bangun meninggalkan mereka. Merajuk lah tu. hahaha mereka tak endah kan. mereka ingat Yana hanya berlakon. shiannn dia :C :P

Sunday, 3 November 2013

Kau Dalam Hatiku *episod 57

"ishh fisha ni asyik berkepit dengan Ustaz tu je sekarang. kenapa eh?" Fify mula curiga dengan perubahan sikap Fisha. "Entah. Dia nak berubah macam Syahirah tu kot." Qiss berkata . "Baguslah dia nak berubah. Yang kita ni. Bila nak berubah hah?" Ainnad mula bersuara. "Kesian kau sekarang kan Fify. Fisha mana layan kau dah. dia dah semakin rapat ngan Iqbal tu!" Yana pun mahu menyampuk jugak. "hey Farisha, mana kau nak pergi?" Yana bertanya. "Pergi makanlah. korang buat apa kat sini? Tunggu Fisha? Sampai bila?" Farisha malas hendak melayan. Semua mengekori Farisha dengan penuh kata tanya di kepala.

"mana Fisha sekarang?" "Dia buat apa?" "Apa yang dia tertarik sangat dengan ustaz tu?" "Kenapa? Dia dah lupa kitorang ke?" Banyaknya kata tanyaaa!

Sewaktu mereka seronok berbual sambil makan.

"Hei korang! Kenalkan sedara kesayangan aku, Iqbal. Orang kat sini panggil Ustaz Ibal." Fisha tiba tiba datang dan bersuara. "oh dah kenal dahh. dia nilah yang rampas kau dari akukan." Fify jealous dengan Iqbal. Semua mulut ahli Geegee terlopong. Niii.. ustaz Iqbal.. Sedara Fisha? Budak kampung ni? budak Alim ni? Sedara Fisha? Apa nii. Tak Fahammm!

Fisha pun menceritakan segalanya pasal Iqbal kepada gengnya. Semua mengangguk faham kecuali Yana. kenapa? :O

Saturday, 2 November 2013

Kau Dalam Hatiku *episod 55

"kenapa awak kat sini?" "mana mak bapak awak?" Fisha bertanya.
"ayah ngan ibu kerja. tiap2 hari saya kat sini. dulu sunyi je. sekarang awak ada ^.^" iqbal menjawab
Fisha tersenyum. "lepas ni kita nak buat apa?" "kita main masak masak nak? saya pandai masak ^^" fisha berkata. "jom. saya suka makan ^^" mereka pun memulakan permainan. pasir digunakan untuk mejadi nasi. kayu pula dijadikan lauk ikan. manakala daun dijadikan sayur. batu pula ayam. Kreatifnya Fisha!



2 bulan kemudian~

"Sycaaa!!~~" Iqbal menjerit. "Fishaaaaaaaa" Tiada jawapan. Dia berlari ke dalam bilik tidur Fisha dan mula mencarinya . Cuba teka apa jadi. Tak JUMPA!! "nenek! mana Fishaaa?!" dia berlari ke dapur mendapatkan neneknya. "Fisha dah balik, cu. Tengok pukul berapa sekarang. dah tengah hari. pagi pagi lagi mak bapak Fisha datang. Kamu lambat harini. tadi Fisha nangis meraung-raung nak jumpa kamu." Iqbal junior kelu. hanya dapat menahan air matanya daripada menitis. "Dia tak bagitau kamu semalam?" Nenek bertanya. "Tak" Air matanya terus menitis. Dia tidak akan jumpa sahabat baiknya lagi!

Kau Dalam Hatiku *episod 56

"eh Iqbal. haha Syca tak lupalah Iqbal lah. Iqbalkan macam abang Syca." okay. abaikan nama gelaran Fisha yang gedik tu k.
"orang tegur baru nak ingat. ish sampai hati syca kan :(" "aloloo sorrylah. Bila Iqbal sampai KL? pindah sini terus ke?" "ha'ah pindah sini. sebulan lepas. dah siap kemas rumah baru start sekolah" "Yeayy. kita sekolah sama :D" "yeayy! sep sep!" O/\O hahaha. "besar jugakkan sekolah awak ni. untunglah budak KL" "haha biasalah tu. dah nama pun swasta kan :p" "haha yelah. jomlah kita pergi makan. awak selalu makan apa?" "oh jom. Saya selalu makan pizza je kat cafe. Dah ada pizza khas nama saya tau. Nama pizza tu "Fishalicious" saya yang reka resepi dia tau :D" "oh yeke? nak rasa!!" "jom. saya belanja :D"


Mereka pun menuju ke cafe. Tiba-tiba.
Mereka dilanggar oleh sekumpulan penjahat. Geng Hani. ingat lagi? Yep. Walaupun perempuan, Hani sekarang dah terkenal dengan perangai buruk dia. Membuli. Semenjak ibu bapanya cerai, dia sudah berubah.

Iqbal mulakan ceramahnya. "Assalamualaikum, apa ni. Nak jalan tu pandanglah depan. jangan main serbu je. Pastu buku orang jatuh bukannya nak ambikkan. Mintak maaf pun takdek. Apa ni? Mana hilangnya rasa hormat korang?" Hani mula berlawan suara. "Eh hello, sukahati kitoranglah nak buat apa. Nak jalan mana. Nak langgar siapa. Bukan kau pun yang kitorang langgar. Ada kitorang sakitkan hati kau? Takdekkan?"
"eh eh eh. Kalau siapa kacau adik aku, dia kacau aku kay. Walaupun Fisha ni nampak je kasar, tapi dalaman dia still ada hati tau. Korang ada? ADA?" Iqbal mula mempertahankan diri Fisha. "eh? Abang kau? siapa ni Fisha? sejak bila kau ada abang ni? Oh dah pandai lah sekarang buat benda2 macam nikan" Hani tidak puas hati dan penuh dengan tanda tanya. Iqbal hanya mengajak Fisha dan lari dari keadaan itu dengan berlalu pergi.

Saturday, 19 October 2013

Kau Dalam Hatiku *episod 54

suatu hari...

"assalamualaikom!" suara comel kedengaran di daun pintu.
"Waalaikumussalam " nenek Puteh menjawab. "masuklah" sambungnya.
Seorang kanak kanak comel berlari ke dalam rumah.
"Atuk~ sayang atuk~ Saya ada lagu untuk atuk dengan nenek. dengar tau" "Satu satu, saya sayang Allah, dua dua, sayang ibu ayah, tiga tiga, sayang atuk nenek~~ satu dua tiga sayang semuanyaaaa~" Suara comel dan pelat itu bernyanyi keriangan. lalu mereka bertiga berpelukan.
Sungguh memilukan. Cewah x)

"nenek, siapa tu?" Fisha junior bertanya di sebalik helaian langsir.
"inilah sedara kamu. namanya Iqbal. umurnya sama macam kamu"
"iqbal? Oh, selamat berkenalan ^.^"
"Hi awak. jom main nyorok nyorok. awak jadi" iqbal junior pun terus mencari tempat menyorok. Fisha junior pulak terkebil kebil menutup mata dan mengira. '1~ 2~ 3~ 4~ 5~ 6~ 8~ 10~ 9~ 1~ 2~ 3~ 10~ ' fisha junior mengira.

setelah berjaya mencarinya, kini Iqbal junior pula perlu mencari Fisha. selama 10 minit fisha menyorok, barulah menjumpainya. setelah penat bermain, mereka berehat di pondok kecil di halaman rumah.

Kau Dalam Hatiku *episod 53

"hei! berani awak baling tomato masa saya menyanyi kan?" Fisha menjerit dari jauh.
"Astaghfirullah. terkejut saya. Ada apa ni?" ustaz Ibal menjawab.
"pura pura tak tau pulak" (-_-')
"oh awak fisha. ingat siapalah tadi. Awak tak kenal saya ke Fisha?"
"Siapa awak? Oh lupa. nama awak ustaz iqbal kan? satu sekolah dah heboh nama awak"
"eh? cepatnya saya popular x) kalah awakkan. awak dalam sebulan baru nak glamour. saya? baru seminggu" Ibal ketawa .
"eh amboi, belagaknya. muka je alim tapi hati kotor"
"Astaghfirullahhalazimm. apa salah saya sebenarnya? saya gurau je kan. Nampaknya awak memang dah lupakan sayakan"
"Kita pernah kenal ke sebelum ni?"
"Awak ingat balik. Awak pernah kenal tak orang nama Iqbal? Waktu kecik kecik kita mandi sungai sama sama, Makan sate sama sama, buat origami sama sama. Ingat lagi tak?"
Fisha terdiam. Dia teringat semasa dia kecil, dia tinggal di kampung dengan atuk dan neneknya untuk dua bulan kerana ibu bapanya ke luar negara. Dia keseorangan di kampung. tiada kawan. hanya mempunyai datuk dan nenek yang sudah tua.

Wednesday, 16 October 2013

Kau Dalam Hatiku *episod 52

3 minggu Syahirah tak datang sekolah. mana dia perg. semua geng dia yang gedi merindui ketua mereka. Dulu, Ira lah yang selalu berlanja dorang. Dulu, Ira lah yang selalu buat lawak, Dulu, Ira lah yang ajar Mathematic kat dorang. Kini mereka buntu tak tahu nak buat apa.

Selepas semua pelajar masuk ke kelas, tiba tiba, mereka nampak kelibat Ira, pelajar yang gedik tu melangkah kelas. WAH! Ira dah lain! Ira dah pakai tudung labuh, baju besar. okay. Ustaz ibal terperanjat. Ustaz pun berkata "Alhamdulillah, Allahdah bukak hati Syahirah" :)


geng geng dia tanya. Macam mana kau berubah dengan cepat? Kau kena sampuk ke apa ni? weh asal labuh sangat tudung? asal muka berseri je ni? carik gaduh ke asyik tersengih sengih.

"weh korang, korang nak kata apa korang katalah. aku tak kesah semua t. ini diri aku. korang jaga diri korang, aku jaga diri aku. kalau korang nakikt jalan Allah i, ikut aku. kalau tak, kita terpaksa berpisah sekarang . nak ikut tak?" Ira membebel panjang lebar. geng dia semua senyap. SENTAP

Ira pun berlalu pergi dan jumpa dengan ustaz ibal. "Assalamualaikum ustaz. Terima kasih sebab dah pimpin saya ke arah yang diredhai Allah ni. thank you sangat sangat" "Sama sama Syahirah :)"

Sebenarnya, sebelum pergi Umrah, Ira dah pun pergi dengar ceramah dan cerita tentang Islam. Alhamdulillah Allah dah bukak hatinya

Kau Dalam Hatiku *episod 51

"Hai, nama saya Iqbal Izzuddin. panggil saya ustaz Ibal"

Lelaki macho tadi mula bersuara dengan memberitahu namanya di hadapan kelas. Ustaz Ibal merupakan pelajar tingkatan 4 Alfa. ustaz Ibal alim orangnya. dia pantang melihat perempuan melayu yang tak reti nak jaga aurat. Sekali dia nampak, terus ditegurnya terang terangan.

Sampai satu haritu ada seorang perempuan yang bernama Syahirah yang berbadan gempal memakai tudung yang pendek dan berpakaian ketat. Ustaz Ibal menulis sesuatu di papan putih. "SESUNGGUHNYA AURAT PEREMPUAN ADALAH DI SELURUH TUBUHNYA KECUALI TAPAK TANGAN DAN MUKA SAHAJA"

hanya bunyi kipas kedengaran selepas Ibal menulis ayat tu. semuanya sentap. Yelah, mana taknya. perempaun 5 orang je yang pakai tudung labuh dan tutup aurat kat kelas tu. yang lainnya pakai tudung macam tak pakai. Lebih baik takyah pakai. jawab ngan Allah nanti. Sampai menggelegak otak kita nanti tau. please lah. Perempuan, jangan buka aurat eh. okay kita sambung. dah semua sentap tu, Syahirah terus larikan diri ke tandas.

Keesokan harinya, Syahirah tidak hadir ke sekolah. Esok dia pun tak datang sekolah lagi. Sampai lah 3 minggu. Mana perginya Syahirah? Adakah dia merajuk? Adakah Ustaz Iqbal yang bersalah? Adakah dia berhenti sekolah?

Tuesday, 4 June 2013

Kau Dalam Hatiku *episod 50

lagu yang bertajuk "terima kasih" yang 'dicuri' dari kaca televisyen itu pun dinyanyikan oleh Fisha dan Fify,
"Terima Kasih ku ucapkan padamu~" Fisha menyanyi. Lalu disambung oleh Fify. "Atas jasa, yang diberi padaku~" "Terima kasih~ ku ucapkan padamu~" Terima kasih terima kasih terima kasih ._.
Tanpa disangka sangka, semasa mereka berdua syok bernyanyi , sebiji tomato dibaling oleh pelajar dan terkena muka Fisha.

Semua terdiam. hanya bunyi cengkerik kedengaran.
*krik krik*
*krik krik*

"AAAaaaaaaaa!!!!!" Suara bingit si Fisha melambung sampai cermin tingkap dewan belakang pentas pecah! (amboi over)

"Siapa yang baling benda alah ni?!!! >:O" "Siapa!!?" Fisha menjerit. Siap guna microfon yang dipegangnya lagi! hoi memang bingit lah. boleh pecah gegendang telinga orang hoi!

erk semua still diam.

tiba tiba, Seorang pelajar lelaki bangun daripada kerusinya di baris yang kedua. lantas dia mengangkat tangan. "ehem. saya mengaku saya yang buat."

"A awaakk... " fisha berkata sambil menundingkan jari ke arah lelaki itu. Fisha terdiam seribu bahasa. Lelaki itu sungguh macho sehinggakan Fisha tak sanggup mahu menengkingnya. Fisha terus turun dari pentas lalu terus menuju ke tandas untuk membersihkan mukanya. fify mengikut Fisha tanpa diajak.

Kenapa aku tak marah dia? Kenapa aku tak tengking dia macam semua lelaki yang sakitkan hati aku? Kenapa lidah aku kelu bila bertentangan dengan matanya? Kenapa ? Kenapa? Fisha bermonolog sendirian.

semua penonton dan guru guru tertanya tanya. Dia tak marah? hahahaha bagusnyaaa xD semua bersorak gembira dan berterima kasih kepada pelajar lelaki macho tu kerana telah menghentikan nyanyian Fisha dan Fify itu. Dah tu sumbang, suara tak sedap. Siapa yang nak dengar? Haish budak ni. hahaha. Tiada sesiapa yang berani menyakiti hati Fisha selain dari lelaki macho tadi. Siapa lelaki tu sebenarnya? :O

Sunday, 2 June 2013

Kau Dalam Hati ku *episod 49

*semua murid bertepuk tangan setelah pelajar tersebut habis membuat persembahan*

"Seterusnya, dipersilakan , Liyana pelajar tingkatan 4 Violet naik ke pentas"
Semua menepuk tangan dengan gemuruh.

Tenenenetenenenn~~~

Gwiyomi gi gi gwiyomi~~~ bla bla bla~~
WHAT?! :O Liyana si budak gedik tu buat Gwiyomi?! heii! turun lahhh!! BOOOO~~~
Semua pelajar perempuan rasa nak muntah kat situ jugak. uwwekk!
selama 5 minit Liyana berada di pentas, akhirnya dia turun juga.
FUHHH!
"sekarang, dijemput pelajar tingkatan 3 Violet untuk membuat persembahan. Anda mahu pelajar lelaki dulu atau perempuan?! :O"

"Perempuannn!!!" seseorang menjerit.
"lelaki!!" seorang pelajar perempuan menjerit.

"baiklah, kita panggil pelajar perempuan naik ke pentas!! tepuklah tangan sikit."
*semua bising dan menepuk tangan*

*fisha dan fify naik ke pentas*
"fiwwwuiittt" pelajar macho bersiul dari jauh.

"Hai semua, Harini kami akan membuat persembahan dengan sebuah nyanyian yang bertajuk "Terima Kasih"

Ehem ehem ..

Saturday, 1 June 2013

Kau Dalam Hatiku *episod 48

"Selamat Hari Guru~
Selamat Hari Guru~
Selamat Hari Guru Guru~
Selamat Hari Guru~"


"Yeayyy! cikgu, Tiup lilin Cikgu!"
"Buat Hajat!!"
"Kitorang nak hujan gula gula cikgu!"
eh eh boleh pulak buat lawak. haha


semua murid menjerit dari jauh setelah melihat guru guru meniup lilin di atas pentas. Kek sebesar peti sejuk di rumah Fisha itu pun dipotong sama rata dan diberikan kepada semua kakitangan sekolah. Tak lupa juga kepada pelajar, Kek sebesar kereta MYVI itu pun diberikan kepada mereka. Sebelum menjamah, Guru besar , Puan Fazilah mengimamkan bacaan doa makan. Sejurus itu, semua ahli sekolah melahap makanan mereka. Air gas pula dituang ke dalam cawan mereka. Ada juga yang bermain air minuman bergas itu ke arah kawan kawannya. eh eh! Macam dah habis sekolah pula!

Setelah itu, acara yang dinanti nantikan pun tiba. Persembahan dari semua pelajar SMKPPI "Sekolah Menengah Putera Puteri Indah" nama ini telah ditukar semenjak pelajar lelaki pindah ke sini.

"kita mulakan dengan persembahan daripada pelajar kelas 5 Marikh!" pengacara menjerit dengan menggunakan microfon di tangannya . Sungguh bingit!
*lagu dimainkan* Seorang pelajar berpakaian hitam dan memakai topeng putih naik ke pentas. *mengeluarkan bunga dari poket nya* semua pelajar tergamam. Ada budak poyo kata "Eleh, aku pun boleh buat. tu pun KECOH!" amboi~ hahaha *keluarkan seekor burung kakak tua dari topinya* budak poyo tadi "okay. tu aku takleh buat. BAJET!" hahaha *burung kakak tua tu kata "SELAMAT HARI GURU , CIKGU :D" Awww~ :p macam macam lagilah dia buat magic. hahaha







Kau Dalam Hatiku *episod 47

Keesokan harinya~

Semua pelajar sedang beratur mengikut kelas.
Harini semua pelajar sibuk dengan persiapan sempena 'Hari Guru'. ialah, sambutan HARI GURU akan berlangsung esok pagi sampai tengah hari. Lepas tu semua boleh tidur dekat dom masing masing. Semua pengawas dan pelajar senior berulang alik menyiapkan khemah dan menghias pentas. Lain pula pelajar yang lain. sibuk membuat cendera hati dan membalut hadiah untuk cikgu kesayangan. Cikgu cikgu pula dibolehkan berehat harini. nak keluar jalan jalan pun takpa.

Lain pula geng GeeGee. Mereka sedang berlatih nyanyian yang akan dinyanyikan di atas pentas esok hari. Manakala geng JB pula sibuk berlatih tarian Break Dance mereka. Haha lelaki poyo :p

Yana , qiss dan Ainnad tidak setuju dengan keputusan Fisha. Manakala Farisha hanya buat tak tau. Sibuk melayan PSP miliknya. Yana, Qiss dan Ainnad tidak setuju kerana mereka tidak suka menyanyi. Lainlah Fisha dan Fify. Sahabat karib sejak kecil. Sampai dalam tandas pun nak melalak! haih budak ni. rasa nak baling je baldi kalau dorang menyanyi dalam bilik air tu. Kalau sedap takpe! hahaha X)

Yana , Qiss dan Ainnad ingin membuat persembahan sajak yang boleh mengalirkan air mata cikgu cikgu mereka. Kalau nak tau, Yana telah terkenal dengan "Pencipta Sajak Awesome" di kelasnya. Manakan tidak, walaupun baris baris sajak itu dikeluarkan dari mulutnya secara spontan, tetapi isi nya sungguh memilukan. Jadi, Qiss dan Ainnad ingin meminta bantuan Yana untuk mereka sajak yang akan dideklamasikan bersama.

Fisha tetap tidak bersetuju dengan keputusan tiga orang sahabatnya itu. Dia tetap ingin membuat nyanyian untuk mencuri hati cikgu cikgu sekolahnya. "Okay fine! suka hati korang lah nak buat apa. kita bahagi dua kumpulan. Korang buat sajak kita menyanyi. DONE! SETTLE!" Fisha menjerit. eh eh budak ni lempang karang. nak cakap tu pun elok elok lah. Haih~

Thursday, 30 May 2013

FRIENDSHIP WILL NEVER DIE :')


                         

Kau Dalam Hatiku *episod 46

semua sedang duduk ni meja makan. terdapat 10 kerusi di meja makan tersebut. Geng GeeGee berada disebelah kanan meja manakala JB di sebelah kiri. Sebelum memulakan acara makan, Ariss mengimamkan bacaan doa. barulah mereka semua makan bersama. Lauk yang epah masak harini sungguh enak. Ariss tak pernah bosan dengan masakan epah. maklumlah mamanya telah pergi meninggalkan dia dan ayahnya. disebabkan itulah epah yang menjadi 'mama angkat'nya. terdapat pelbagai hidangan di atas meja. Ada ayam masak merah, kangkung masak belacan, sotong masak cili, asam pedas melaka, telur mata kerbau, kek red velvet untuk pencuci mulut dan tak lupa juga buah untuk menambah vitamin dalam badan. Air kelapa dan jus oren juga disediakan. Mereka makan dengan penuh selera lagi lagi Zaf .

Setelah kenyang dan perut penuh, Ariss mengajak kawan kawannya rehat dengan menonton tv. Ariss memasang cerita kegemarannya "The Avengers" di tv yang bersaiz 68 inci itu. Mereka semua dihidangkan dengan pop corn yang epah buat. sedap disapu madu :3

Setelah selesai menonton tv, Ariss mengimamkan solat Asar di dalam sebuah bilik solat. Seusai solat, mereka semua sambung melakukan tugasan sekolah bersama.


dua jam kemudian~~


"haaa! siap pun folio geo ni. huh! penat siot xD" Zaf membingitkan suasana.
"hei! tak eloklah kata macam tu :p" Ainnad menjawab.
"hahahaha xD" semua ketawa riang.
"tapi betullah kata zaf. penat betul buat benda alah ni. tapi takpe, yang penting kita dah siap, boleh terus binding and hantar!~" fisha berkata. Semua menjerit dengan serentak "yeayyy!!" :D

Mereka pun terus print, binding and simpan folio mereka.
Yang perempuan terus dihantar pulang oleh Fisha. Tak elok orang perempuan duduk lama lama kat rumah orang lelaki ni. Manakala Iqram dan Zaf terus stay di rumah Aris kerana mahu bermain XBOX kegemaran mereka .

kau Dalam Hatiku *episod 45

" ehei!! dah dah. bila nak habis drama ni? kita datang nak buat folio lah weh" Farisha menghentikan gelak tawa dorang semua. "oh a'ah lah. jom masuk bilik study saya. ada perpustakaan mini dalam tu. jom jom" Ariss mengetuai 'lawatan' itu.
semua bergerak ke tempat yang diketuai oleh Ariss tu. Mereka bermula membuka 'LAPPY' masing masing. mereka memulakan perbincangan. terselit kisah romantik pasangan pasangan tersebut. hahaha xD sweet je :p

sejam kemudian~


prooott~~
"heiii! siapa kentut tu? eeeuuwww ( muka menjengkelkan )" Fisha menjerit.
"kau kentut eh yana?! :o" fify menuduh.
"heii! mana adaa!" yana menjawab
"ahhh kau! menipu. sebelum ni pun kau main lepas je an" Ainnady mula bersuara.
"mana adalah! kot kot qiss yang melepas" yana menjawab lagi.
bermulalah pergaduhan sesama ahli GeeGee. eh dorang ni taktau malu ke? hahaha

"eh korang! stoplah. janganlah gaduh. tu bunyi perut sayalah" Zaf mengakui kesalahannya. "aku lapar lah weh" tambahnya.
"eh lupa! korang tak makan lagikan? ish bukan nak bagitau awal awal " Ariss menjeling Zaf.
"hahaha malu doh :p" Zaf menjawab.
"jomlah makan. kesian korang tak makan lagikan. jom jom jom. ikut saya"
"Epahhh!! epahh!!! sediakan makanan untuk kitorg semua!! :DD" Ariss menjerit dari ruang tamu hadapan. "Baik Tuan Muda" itu sahaja yang keluar dari mulut epah. Epah tidak pernah membantah arahan tuan mudanya. Walaupun usianya telah mencecah 25, namun mukanya masih cantik dan kelihatan seperti remaja berumur 19 tahun! Epah juga berasal dari negeri Johor Darul Takzim. Epah merupakan seorang perempuan muda yang mempunyai bapa yang bekerja dengan papa Ariss suatu ketika dahulu. Setelah ketiadaan ayahnya, sekarang epah mengambil alih pekerjaan ayahnya. Ayahnya telah ditembak oleh penyamun ketika ingin menyelamatkan papa Ariss. Epah sangat setia dengan tuan mudanya. Ada suatu ketika, epah terdetik satu perasaan yang tiba tiba muncul apabila Ariss melemparkan senyuman padanya. Dengan sikap Ariss yang baik lagi sopan itu, epah telah jatuh hati kepadanya! tetapi, dia hanya menganggap ariss sebagai anak kandungnya sendiri. Almaklumlah umur mereka sangat berbeza!

Wednesday, 29 May 2013

Kau Dalam Hatiku *episod 44

"assalamualaikum!! epah!!! bukak pintu nii!!" "ting tong ting tong~~" loceng rumah yang besar tersenggam indah berbunyi.
beberapa saat kemudian , pintu pagar besar pun terbuka. dua buah kenderaan tu pun meluru ke tempat parking yang kosong. Rumahnya besar mempunyai 5 tingkat. kata Ariss, "muzium kereta F1" tu terletak di bawah tanah. mereka semua pun menuju ke basement . "wwwaaahhh! :OOO" itulah perkataan yang pertama keluar dari mulut Fify. dia terus meluru ke kereta mewah itu lalu dipeluk peluk nya. Ariss memulakan perbicaraan. "fify, nak naik ke?" "eh eh boleh ke? :O" "eh mestilah. pilihlah yang mana fify suka. tapi jangan pilih yang warna merah ada belang putih. tu kegemaran papa. takdek siapa boleh naik termasuk saya" "oh okay. patut tempat dia pun istimewa. haha saya nak naik yang tu boleh?" sambil menunjukkan kereta f1 yang berwarna biru muda. katanya itu warna kegemarannya. "eh, yang lain pun pilih lah jugak. kita luba kat belakang rumah saya ada track lumba :D" semua pun memilih kereta masing masing. Qiss telah memilih kereta berwarna kuning keemasan. yana pula memilih kereta berwarna hijau muda manakala Fisha memilih warna PINK. tidak lupa Farisha telah memilih kereta berwarna purple berbelang hitam. yep. Farisha pun ikut mereka jugak. hal ini kerana Farisha berpasangan dengan Iqram.



DSHUMMMMMM!!!~~~

mereka pun berlumba. yang berada di hadapan sekali tentulah Fify , aris dan tak lupa juga farisha. Farisha memang hebat dalam berlumba ni. Fisha, Qiss, yana, zaf dan lain lain tertinggal di belakang. Mereka tidak biasa dengan perlumbaan kereta. Setibanya Fify di barisan penamat, semua orang bersorak gembira termasuklah epah, orang gaji dia rumah Ariss. Dalam hati Ariss terdetik "aku gembira melihat Fify gembira. haha sengaja je aku bagi dia menang :p"
Iqram pun menjerit dari jauh kepada Ariss "Hoi! sejak bila kau pernah kalah ni? malulah weh!" " ish kau ni. aku lawan ngan perempuan kan, bagilah dorang menang :p bukan macam kau, ego je :p"
hahaha semua orang berasa gembira dengan kejayaan Fify. disebalik kegembiraan, ada terselit kemurungan. Farisha! dia jealous dengan kejayaan Fify. Selama ini dia tidak pernah dikalahkan oleh seorang perempuan!

Kau Dalam Hatiku *episod 43

Langit redup dilitupi awan mendung. Hari macam nak hujan. tengah harini dorang semua free. cuti. geng GeeGee dan geng JB sedang rehat di taman bunga sekolah. Memandangkan hari nak hujan, Ariss bersuara. "hei korang. jomlah datang rumah saya. kita buat folio ni sesama. harini korang tak dek apa apa aktiviti kan? jomlah" "haaa bagus jugak idea tu. rumah awak kat mana? jauh tak?" fify bertanya. " takdek lah jauh sangat. kat putrajaya je. kita naik 2 buah kereta teruslah." Aris menjawab. " haaa, kereta saya besar sikit. naik kereta saya jom" Fisha bercadang. nak tunjuk kekayaan dia tu. "haaa, okaylah. pukul berapa nak gerak?" Ainnad berkata. "sekarang? saya tak sabar nak tengok koleksi kereta F1 ayah si Ariss ni :D" "haha okay okay jom kemas barang. kita jumpa kat kereta kay" " okay"

Kau Dalam Hatiku *epsiod 42

pasangan: 1) Fisha - zaf. 2) Fify - Ariss. 3) Ainnad - Anas. 4) Qiss - Ijal. 5) yana- Ayeesh. 6) Farisha- iqram. 7) Hany - Luqlu. 8) Puteri - Apey. (kapten bola sepak SMKPI) 9) Iza - Zami. 10) feeja- fary. Tugasan mereka kena hantar bulan hadapan. dan bulan hadapan jugalah peperiksaan pertengahan tahun akan berlangsung selama seminggu.

Kau Dalam Hatiku *episod 41

Peperiksaan Pertengahan tahun hampir bermula. kebetulan kumpulan GeeGee sekelas dengan kumpulan JB. Cikgu matapelajaran SEJARAH, GEO, dan KEMAHIRAN HIDUP pun mengarahkan pelajar membuat folio untuk tambah markah peperiksaan PMR dorang. Setiap kumpulan mesti ada 2 orang sahaja untuk buat satu folio. Maknanya satu kumpulan kena buat 3 folio sekaligus! yang paling semua orang tak boleh terima, satu kumpulan kena ada sorang laki, sorang perempuan. "arghhhhhh!" satu kelas bingit . Semua mulut POK PEK POK PEK. Ada yang gatal tu teruja. Ada yang bengang kena gabung laki perempuan. geng GeeGee hanya berlagak biasa. Begitu juga dengan geng JB. Tanpa disangka sangka, Anas terus mengajak Ainnad satu geng dengannya. Apa lagi? rezeki jangan ditolak. ingat senang ke orang nak jadi geng kita. hahaha. Satu kelas bising kerana sedang memilih pasangan masing masing. GeeGee hanya duduk di tempat masing masing buat kerja sendiri. fify pula sibuk main henfon nya . SAMSUNG s4. dia sibuk bermain game kereta lumba . Tanpa disedari, Ariss mendekati fify. "hei! awak pun suka main lumba kereta?" "ha'ah. saya selalu pergi lumba kereta F1 kat sepang." "f1? ayah saya ada buat koleksi kereta F1 kat rumah. awak datanglah rumah saya kalau sudi" :hah ?! yeke? :O wah! semestinya saya nak pergi :D" "haha baguslah. eh, awak nak jadi pasangan saya untuk buat folio?" "haa, boleh jugak :D" " haha okay. terima kasih kerana sudi :D" " sama sama ariss :)" tententenenet~~~ *Fisha mendapat text dalam WeChat oleh Zaf* * padahal Zaf hanya berada di meja belakang nya!* dia pun membaca nya. " hai awak :D sudikah awak menjadi pasangan saya ? (buat muka comel)" "hai! dah tentu boleh :D" "tapi untuk selamanya tau. bukan hanya untuk kerja kursus ni. kena jadi pasangan hidup saya" " haaa? taknaklah" " tadi awak kata dah tentu boleh :p so dengan rasminya awak jadi awek saya :p blekk" *ish budak ni* getus hati Fisha. padahal dia sangat gembira ada jugak yang suka dia walaupun sikapnya yang EGO tinggi ni. hahaha . Fisha menjeling ke arah Zaf. Zaf hanya tersengih :p

Kau Dalam Hatiku *episod 40

qiss: hey ainnad! kesian kau duduk sebelah laki. sorry takleh tolong :( yana: ha'ah. dah lah laki tu nerd pulak tu xD fify: tapikan, ainnad pun nerd kan? :o sesuai ah korang!! x) fisha: hei, korang ni janganlah kata macam tu. kita ni pun patut mintak maaf, nukan nak ejek dia. ainnad, bagi pihak kitorang sorry tau. paham paham jelah. gurau :D ainnad: sukahati koranglah nak kata apa. budak tu comel apa. pakai spec lagi >.< qiss: haaaaa! ayokk! ainnad jatuh cintaa!! ainnad: hei! mana ada! aku terminat kat dia je. mana ada suka yana: eh eh ainnad dah pandai ah sekarang~~ fify: ha'ah. kalah kitorg :p Fisha: kau tak kalah ah fify. ariss kan ada :p cinta sejati kau tuu :p kan gengs? yana, ainnad, qiss: ha'ah xDD fify: hoi~ memandai an korang. k takpe k. siap ah korang ainnad: nak buat apa fify oi? kata benci ariss konon padahal jatuh cinta :p fify: heiii! ishhh diam ah! semua: hahahahahahaha xD *hubungan persahabatan mereka semakin lama semakin erat* *begitu juga persahabatan antara ainnad dan faiz serta ariss dan fify*

Kau Dalam Hatiku *episod 39

"iqram, duduk sebelah Farisha!" "zaf, sebelah kembar sana, fatin. zami, feeja" "siapa lagi takdek pasangan?" "saya, cikgu!" Ainnad kata. huh? asal? yelah, yana, qiss . of course. fisha? fify lah. then? ainnad? sebelum ni duduk sebalah puteri. puteri duduk sebelah alyaa' pulak. heh! "okay good. lelaki, siapa yang tinggal?" *sorang budak lelaki angkat tangan* "okay, duduk sebelah ainnad, situ" *budak tu ikut je* "okay. untuk pengetahuan anda semua, lelaki semua ni akan ada disini sampai akhir tahun. jadi sesiapa yang bermusuhan harap dapat hilangkan rasa benci tu ya" "cikgu ucapkan semua dapat straight A dalam PMR ni ya. cikgu akan lepaskan anda semua harini kerana semua cikgu ada meeting. selamat belajar semua" *cikgu meninggalkan kelas* budak lelaki tadi: hai awak :D ainnad: hai *pandang dia* eh! haiii :DD laki tadi: ingat saya lagi? ainnad: eh mestilah :D laki tu: eh tak sangka dia ingat kat kita lagi ainnad: mana boleh lupa. awakkan cinta pertama saya . eh! *apa aku kata tadi?!" :OO laki tu: hah? seriously? :O ainnad: eh taklah. terlepas cakap :'( laki tu: alaaa, tak eh? hmm takpelah :'/ *muka gedik* ainnad: eh bukan macam tu lah :( dah dah dah. jangan merajuk eh awak :) kita kawan tau :D laki tu: haha okay wak :D ainnad: eh awak, awak tak pernah bagitau nama awak pun. nama awak apa? laki tu: eh ha'ah lah. nama saya Anas . panggil saya Nas je. ainnad: oh okay Nas :D selamat berkenalan . selamat melihat muka saya setiap hari :p laki tu: hahaha awak ni kelakar lah :p okay, you too :D

Kau Dalam Hatiku *episod 38

30 Mei 2013. *loceng kelas berbunyi* semua murid dipaksa bangun dan hadir ke kelas. lebih kurang 130 hari lagi peperiksaan besar PMR akan bermula. Semenjak haritu mereka perlu stay up school, pergi kelas tambahan, stay up night untuk prep. Disebabkan kesian kat budak2 nak exam ni pengetua bagi ruang untuk dorang restkan otak dorang untuk pergi mana mana shopping kompleks ke bowling ke tak pernah tutup selain waktu sekolah . yang penting dorang tak keluar dari kawasan sekolah. haha jangan risaulah. semua tempat ada guard yang tough lagi macho jaga :p waktu sekolah pun bermula.. guru kelas masing2 kena susun tempat duduk dorang semua. ramai lelaki yang duduk sebelah perempuan cun, hot. ingat lagi kumpulan GeeGee? haaa, of course lah dorang yang jadipujaan ramai :D budak perempuan lain semua jealous. tapi persahabatan dorang erat dan akan kekal sampai bila bila. dorang tidak akan berpisah. jadi, tempat duduk dorang mesti sama. bawah kipas, tengah kelas, sebelah air-cond. semua benda warna lain daripada yang lain. PINK and PURPLE. tu la colour dorang. sesiapa yang guna warna tu, akan dikenakan denda menjadi hamba mereka selama 24 jam! erk (._. ) siapalah sanggupkan. nak jadi kuli batak dorang. haha