type in this box

Saturday, 1 June 2013

Kau Dalam Hatiku *episod 47

Keesokan harinya~

Semua pelajar sedang beratur mengikut kelas.
Harini semua pelajar sibuk dengan persiapan sempena 'Hari Guru'. ialah, sambutan HARI GURU akan berlangsung esok pagi sampai tengah hari. Lepas tu semua boleh tidur dekat dom masing masing. Semua pengawas dan pelajar senior berulang alik menyiapkan khemah dan menghias pentas. Lain pula pelajar yang lain. sibuk membuat cendera hati dan membalut hadiah untuk cikgu kesayangan. Cikgu cikgu pula dibolehkan berehat harini. nak keluar jalan jalan pun takpa.

Lain pula geng GeeGee. Mereka sedang berlatih nyanyian yang akan dinyanyikan di atas pentas esok hari. Manakala geng JB pula sibuk berlatih tarian Break Dance mereka. Haha lelaki poyo :p

Yana , qiss dan Ainnad tidak setuju dengan keputusan Fisha. Manakala Farisha hanya buat tak tau. Sibuk melayan PSP miliknya. Yana, Qiss dan Ainnad tidak setuju kerana mereka tidak suka menyanyi. Lainlah Fisha dan Fify. Sahabat karib sejak kecil. Sampai dalam tandas pun nak melalak! haih budak ni. rasa nak baling je baldi kalau dorang menyanyi dalam bilik air tu. Kalau sedap takpe! hahaha X)

Yana , Qiss dan Ainnad ingin membuat persembahan sajak yang boleh mengalirkan air mata cikgu cikgu mereka. Kalau nak tau, Yana telah terkenal dengan "Pencipta Sajak Awesome" di kelasnya. Manakan tidak, walaupun baris baris sajak itu dikeluarkan dari mulutnya secara spontan, tetapi isi nya sungguh memilukan. Jadi, Qiss dan Ainnad ingin meminta bantuan Yana untuk mereka sajak yang akan dideklamasikan bersama.

Fisha tetap tidak bersetuju dengan keputusan tiga orang sahabatnya itu. Dia tetap ingin membuat nyanyian untuk mencuri hati cikgu cikgu sekolahnya. "Okay fine! suka hati korang lah nak buat apa. kita bahagi dua kumpulan. Korang buat sajak kita menyanyi. DONE! SETTLE!" Fisha menjerit. eh eh budak ni lempang karang. nak cakap tu pun elok elok lah. Haih~

No comments:

Post a Comment