type in this box

Wednesday, 16 October 2013

Kau Dalam Hatiku *episod 51

"Hai, nama saya Iqbal Izzuddin. panggil saya ustaz Ibal"

Lelaki macho tadi mula bersuara dengan memberitahu namanya di hadapan kelas. Ustaz Ibal merupakan pelajar tingkatan 4 Alfa. ustaz Ibal alim orangnya. dia pantang melihat perempuan melayu yang tak reti nak jaga aurat. Sekali dia nampak, terus ditegurnya terang terangan.

Sampai satu haritu ada seorang perempuan yang bernama Syahirah yang berbadan gempal memakai tudung yang pendek dan berpakaian ketat. Ustaz Ibal menulis sesuatu di papan putih. "SESUNGGUHNYA AURAT PEREMPUAN ADALAH DI SELURUH TUBUHNYA KECUALI TAPAK TANGAN DAN MUKA SAHAJA"

hanya bunyi kipas kedengaran selepas Ibal menulis ayat tu. semuanya sentap. Yelah, mana taknya. perempaun 5 orang je yang pakai tudung labuh dan tutup aurat kat kelas tu. yang lainnya pakai tudung macam tak pakai. Lebih baik takyah pakai. jawab ngan Allah nanti. Sampai menggelegak otak kita nanti tau. please lah. Perempuan, jangan buka aurat eh. okay kita sambung. dah semua sentap tu, Syahirah terus larikan diri ke tandas.

Keesokan harinya, Syahirah tidak hadir ke sekolah. Esok dia pun tak datang sekolah lagi. Sampai lah 3 minggu. Mana perginya Syahirah? Adakah dia merajuk? Adakah Ustaz Iqbal yang bersalah? Adakah dia berhenti sekolah?

No comments:

Post a Comment